Wednesday, December 31, 2008

mukus dan gigilan

aku sejuk, baru bgun tdo....di tahunbaru ini. aku sudah selsema dan berhingus, sekian terima kasih!

Sunday, December 28, 2008

jangan dilukai sayap opah

Bendera thailand yang jarang mengibar2 di hadapan hujung ekor hidungku sepetku, ntah dari sekolah siam mana dicuri bendera kualiti rendah ini, tapi ikhlasnya hati beliau menderma mengalahkan keikhlasan lewre menaja kasut emas untuk persandingan mawi yang dicintai malaya, ketika mentari mula menangis seperti bayi yang baru lahir dan bulan perlahan-lahan mengesot keluar, tika inilah aku tersadar, kelopak mataku mula memberi tenaga awal berjalan ke neuron2 otak melalui jalan-jalan saraf yang bersimpang siur seperti rerangka misai kucing, lalu terpancarla dua biji mata kuyu yang penuh berselepat sisa tahinya seperti sawang yang merungkai dan berjuntai di bandar metropolitan gotham city, kadang aku terfikir kota a'famosa lebih luaskah, dari kotaraya di bandar kuala lumpur, atau luaskah pemikiranmu yang sudi membaca entry ini, sesempit lubang hidung aizatkah, yang sudah susut perut gendutnya tapi salur nafasnya masih terbuka luas saujana mata memandang, dari ufuk timur hingga hujung barat? lalu aku bangun dan berjalan terhuyung hayang, sambil megorek2 sisa sisa perkilangan dalam serobong hidung mungilku, ah, mungkin sisa semalam, kurang memberangsangkan, andai menteri di jabatan sains dan teknologi peka dengan isu global ini mungkin hasil ini tidak seciput mana tapi sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum riang, puas rasanya, ibarat berlumut ketiakmu dam tumbuh kaktus kaktus segar di jerawatmu sekalipun tidak seasyik aktiviti perlombongan aku ini, setelah kuyakini bersih seratus peratus cerobong napasku, ku kembang kempis kan sekali sekala, lalu ku tunjuk sujud mengadap ilahi, dalam penuh keinsafan dan kengantukan aku bersujud dan terus tersujud selepas salam, tanpa kutukar sarung lusuh yang berusia 7 tahun 3 purnama hidup bersamaku ini, ku duduk, sambil mengibas-ngibas agar sistem pengudaraan organ didalamnya sempurna, baru ku terfikir yang sarung lusuh dan kusam berbau manis ini sudah berusia rupanya, berkongsi hidup suka duka denganku, teman maksiat dan teman ibadat, usianya tidakla setua firaun ramses yang mungkin membina piramid tanpa software autocad mahupun 3dmax, tapi mana tahu kan, mungkin pyramid dilakar menggunakan software yang lebih canggih dan gratis, dirender menggunakan nenek moyang atlantis, katika sarung ini dibeli ketika aku ke indonesia zaman pemerintahan megawati lagi, tika itu satu juta cuma 360 ringgit malaysia, dan sekarang terlalu banyak pergolakan dalam dunia dan mereka seringkali bertukar-tukar pucuk pimpinan, biar mentari terbelah lapan, biar waris sukarno bukan lagi pemimpin indonesia, biar timor leste sudah menuntut kemerdekaan, walau pun bunga citra lestari telahpun mendirikan rumah tangga, tapi kain pelekat indonesia ini masih setia memberi khidmatnya padaku walau ada sedikit koyak dibahagian bontot kiri koordinat 57 darjah barat daya, dan ada tompok2 dakwat malar yang tumpah dari pen tidak bertutup sepurnama dulu. rupa dan warna tidak sesekali berubah dan terus terpahat dalam hatiku.
aku duduk bersimpuh sopan persis anak dara mahu dipinang putera raja negara pasir berdengung dengan mas kahwinnya talak satu, lapisan-lapisan lemak degil dari perut kelihatan sedikit mengerekot bila aku mula melabuhkan bontot pejalku diatas katil, lalu ku buka baju tidurku untuk lebih mudah dibuat kain pengesat lebihan gula yang meleleh dari hidungku, sambil menggaru-garu permukaan kulit yang entah kenapa gatalnya menjadi, mungkin ada yang ku silap jamah menyebabkan sel kulit dirajaku yang pantang turun ketanah bertindak balas aktif dan merembeskan serum-serum gatal yang bisa membuatkan ku tergaru-garu, jemari mulusku menari bak gerak tubuh datuk shahrukh khan yang ketika penganugerahannya mengundang seribu satu kontrovesi, lalu aku merasakan diriku dan tubuh ini sudah bersedia dihadapan komputerku, aku menjengah keluar tingkap untuk melihat barangkali ada komet yang melintas dihadapan mata kepalaku, yang bisa aku menabur hajat akan dipanjangkan waktu hari ini untuk disambung mimpi2 anehku, tetapi aku hampa, tiada cirit-cirit bintang yang bertaburan meninggalkan parut kudis-kudis cinta pun melintas, dengan hati yang penuh perasaan keterbukaan aku mengeon komputer lalu teros ku bukak blog dan di post entry ini, ah! sambung tidor!

HAPPY NEW YEAR


SELAMAT TINGGAL MASA SILAM....

Wednesday, December 24, 2008

aku makhluk yg tidak reti bersyukur......

ntah bila akan terbuka
mata yg lama terpejam lena
hati yg keras membatu
jiwa yang tebal berkematu
nafas yang pendek tersekat sekat
batuk yang aneh terkongkol
nafsu yang dijadikan raja
pujukan lembut ibarat cemeti
asyik mengadu domba
tanpa ada gerakan
seperti hati yang membatu
tubuh juga membisu
kelu seribu bahasa
aduh! palulah diriku
wahai Pencipta

Al fatihah.........


al- fatihah buat allyarham dr shukri yg baru mninggalkan kita dengan seribu satu persoalan, mninggalkan aku sebenarnye, aku taktau knapa aku sangat terasa dengan pemergian beliau, walhal beliau tidak pernah pun mengajar aku, aku taktau ape agaknye rase student2 yg rapat ngan beliau, lecturer yg rapat ngan die, bromo yg baru jumpa die kul 2.30, last2 kul 5 lbih die dah takde,takpun ape perasaan fara ngan ila, dua2 yg aku tau takut ngan darah, tapi dorang yg tolong beliau ketika beliau mengesot keluar dari bilik tersebut, dengan keadaan yg diberitahu fara darahnya keluar seperti air paip, ape lak rasa family die, bini die, anak2 die, yg mcam tak sangka pagi tu sempat beramah mesra dengan beliau yg sihat walafiat,tapi petang tu dah takde, wat selamanya.....dan bukan sahaja pemergiannya yang tak disangka2, tapi kematiannya, tempat kejadian, orang yg mbantunye, waktunye, smuanya tak ade sape2 yg penah terfikir, walaupun aku berfikiran kreatif dan ramai yg suruh jadi pengarah filem ke, novel ke, pengarang komik ke, hatta aku pun tak pernah fikirkan kejadian seperti yg berlaku. itulah kuasa Tuhan, tuhan yang Maha Kreatif. God is the best Artist....

Monday, December 22, 2008

tag yg jujur

I was tagged by elin

1) Do you think you're hot?
- WARM!

2)Upload your favourite picture of you!



3)Why do you like that picture?
-SEBAB AKU ADE NAMPAK CAM HERO KOREA CKET :P

4)When was the last time you ate pizza?
- bulan puasa lepas kot, bukak puasa

5)The last song you listened to?
- Wake up call, Hayden Panettiere (video klip lagi, haha! pengaruh elin)

6)What are you doing right now besides this?
- kerat kuku

7)What name would you prefer besides yours?
- syafizat omar?

People i tag :
1- isya
2- nini
3- BIG
4- aznil
5- Intan

8)Who is number 1?
- my soul

9)Number 3 is having a relationship with?
- some frog?.

10)Say something about number 5?
- die ade ke blog ek

11)How about number 4?
- my idol, hope can be like him one day

12)Who is number 2?
- my studiomate

13)Say something to the person who tagged you.
- something!

Sunday, December 21, 2008

Assalamualaikum dam salam sejahtera...

aku cuba untuk menaip apa yg ada di kepala ku dengan harapan ayat yg kluar bukanlah bahasa2 puitis madah2 pujangga tetapi entahlah, barang secebis pun tidak menjengah, aku suka bermain bahasa, suatu perkara yang indah, manakan tidak aku gunakan. mungkin tidak ada yg membaca, yela, bukan difahami pun setiap butir setiap bait yang kusampaikan, entah apa lah yang direpekkan pijat tu. tapi aku tetap menaip, sudah tidak ada bunyi mesin taip kletuk kletak tapi aku ditemani bunyi bising dari kipas komputer ni, bunyi mengalahkan kambing mengaum di kaki bukit.
aku baru start blogging, dan hari ini hari first dalam sem ni, sem yg aku rase aku akan teros blogging, akan mulakan blogging sebagai kerjayaku, yang serios! tapi doakan moga kudrat ini mampu tros menaip dan menaip. walaupun yang membaca hanya aku, aku , aku dan aku, HAHAHAHAHAHAHAH!
sebelom2 ni punye post anggapla post percubaan, kira hari ni hari first keje la, seblom ni training. so aku nak mulakan dengan mengucapkan selamat datang kepada kawan2. harap sem ni takde yang menyusahkan aku, yang tinggalkan keje sorang2 kat aku pastu aku terkonteng2, korang yg dapat nama, yg dapat a. taktau bila nak sedar, entah taik apa yg ada dalam pale korang yang tak boleh pikir sendiri ke. yg tu tanggungjawap korang, keje kita same2, tapi yg kena marah aku, yg dibenci lecturer aku, korang lecturer suke je, dapat markah tinggi je, gelak ktawa la, pastu aku kuli korang wat keje2 bodoh korang. damn! hah! best gak mencarut2 kat blog ni, haha, thanks elin, i got inspired by u! fuck! babi! haha! dedicated to elin also, jangan marah. i really mean what i said bout u last night, yea! includ pasal mandi tu. neway u rock baby! walaupun ko tak g rock the world, macam aku ni tak sedar diri lagi, kaki dah gout g rock the world lagi, dah terhinjut2 macam orang tua je, umo baru 20 ni, neway, ade lagi yg aku nak cakap pasal ko tapi semalam dah takde mood tiba2 sebab aku masuk blog ko n aku nampak ko dapat tshirt elmo, hu...... cute gile tshirt tu, mesti kasut aku dah tak best kan sebab ko dah dapat benda lg best..T_T.
kepada rakan2 yang selalu brsama aku tak kira aku sakit ke sihat, tapi selalu sakit la kan, bukan maksudnya korang selalu ada bila aku sakit je tapi aku yang selalu sakit n korang memang selalu ngan aku, haha. jaga kesihatanla semua orang. sem ni aku tak harapkan apa2 magic pun cuma aku harap aku dapat tonjol diri aku yang sebenar, aku nak orang respect aku sebab keje aku, bukan talent aku. kira kalo aku penyanyi aku tanak orang sume suka aku sebab aku kacak tapi sebab suara aku memang sedap. who know one day i'll become HOD. macam naruto plak nak jadi hokage kan. memang aku ni macam naruto cket kot, prangai la, rupa takde.
jadi saya ade ucapan kepada blogger2, im new, support me, aku tak menulis cite2 aku, kisah hidup harian aku la, diary romeo ke tapi apa yg bakal aku coretkan mungkin warna sebenar dunia ini, yang sering tercalit dan terpalit dalam hidup aku, mungkin ramai yang turut terkena, jadi kita boleh kongsi sama2, disini, ya..! di sini! Arios!

Friday, December 19, 2008

BAHTERA TANPA KEMUDI


persetankan semua! telah kubilang sesekali tidak kugusar tiada yang dapat apa ku mahu. kusampaikan tiada yang mengerti walau barang sepatang arang. biar sebutir pun blom tentu ada yang ngerti. tapi dari jari kehati. mereka-meraka yang terkena tempias ludahanku takkan sedar yang kahak itu kian membusuk dan hanyir di pipi mereka.
hari ini aku tersadar yang tiada aku sebagai roda, tidak berjalan pedati kuda.
tiada aku sebagai kemudi, tidak belayar bahtera. tak bisakah kamu berjalan sendiri, tanpa diherdik seperti lembu, dipalu dengan cemeti seperti khimar tua yang terketar2 menunggu mati. sekalu dipukul selangkah kehadapan, sekali dipukul selangkah kehadapan. jika berbatuan jalannya maka perlahan geraknya. susah sangatkah kamu menyusur sendiri berfikir sendiri merasa sendiri yang bahtera kita tidak berlayar malah hampir karam, tidak ada walau seorangpun yang cuba tuk mengayuh dayungnya, semua menanti satu sama lain. ya kamu! kamu! kamu! dan kamu! kamu semua! tidak perlu menuding kearah siapa2. hingga bahtera tersadai pun masih perlu salahkan aku, bila aku menjadi nakhoda, bunyi2 sumbang kedengaran. rumah telah siap terbina, pahat masih berbunyi-bunyi.bila aku sekadar kelasi tiada siapa yang terfikir tuk melayar bahtera. argh! aku tidak bisa auntuk melihat bahtera ini tersadai di celahan batu-batu hampar yang tajam ini.
kamu! maafkan aku andai aku memegang kemudi dan menjerit-jerit minta dayung dikayuh. aku tidak mahu kapal ini karam sebelum berlabuh. biarkan aku habiskan apa yang aku mulakan.

Monday, December 15, 2008

antara cacing dan naga


hadapi dengan senyuman.........
aku hidup dalam limpahan kasih sayang tuhanku, kadang aku terfikir siapalah aku untuk menerima smua ini, tiga kupinta diberi, lima kumahu kudapat. apa saja yang yang melata di atas dunia ini kita kongsi.dan aku dapat! yeah! aku masih bernafas diatas muka bumi ini pun kadang aku terfikir semata-mata kerana kasih sayang tuhan. tidak pernah kuberi apa yang perlu, kuberi tuba dibalas gula, masih tidak sedarkah engkau wahai makhluk yang semua manusia didunia sedang lemas dan bernafas dengan angin dari hati pencipta.
segala pujian dilempar kepada maha pencipta, membuka bicara hatiku yang kini baru terbuku terbiar sudah. aku seperti seorang yang lemas terkapai-kapai mencari tepian sedar dan aku hanyut menggapai apa sahaja yang ku mampu di tepian, andai duri yang kucarik, lukakah diri. andai lumut yang ditarik lucutlah pegangan. andai emas yang dihulur masakan aku tidak mengambil barang secebis. tapi, masih belum ada tangan mungil yang benar-benar menghulurkan setiap jari halusnya untuk kugenggam.
kadang aku juga hidup dihutan, bersama unggas dan mergastua. aku berkelompok bersama sekawan merak yang memang turunnya dari kayangan, tak kurang gahnya apa yang aku ada, sebidang dada lebar yang bisa menipu mata hakiki, dan jambul tinggi berwarna-warni , tegak berdiri diatas kepalaku walaupun sebenarnya ia jambul yang ku pilin sendiri, bukan dari orang tuaku. megah aku terbang tanpa dipandang, ditegur, bersama sekawan merak yang cantik. tapi tahukan dunia, atau tahukah diriku yang aku sebenarnya belatuk yang besar. seakan helang terbang tinggi, seakan enggang mengepak lebar.mungkin juga aku pipit yang malu bila aku pulang ke kampung.tapi entahlah, aku selesa bersama enggang, selesa bersama helang, selesa bersama semua. cuma sesekali mereka memetik buah muda ditaman, aku merasa geli tuk menjamahnya. makanan rujiku mungkin cuma semut dan anai-anai. hmm... entahlah, aku bisa hadapi semua dengan senyuman cuma mungkin satu hari nanti aku akan pergi meninggalkan dunia yang penuh kepura-puraan ini.

Sunday, December 14, 2008

PERMULAAN BARU




hidup baru bermula, bahang dan kehangatannya semakin terasa, kedinginan embun sisa-sisa cuti mula pudar dan kusam. ibarat pucuk baru cambah.ibarat putik atas tanah. daun hijau sama ranum.daun kuning sama gugur. aku melangkahkan kaki kembali ke era alam santeri yg penuh onak dan duri.baru saja menghela nafas baru, aku sudah disesakkan dengan satu tumbukan padu masalah tepat dirusuk kiri adamku. argh!!!!! mungkin bagus melancarkan nafas baru, mungkin berdarah didalam siapa yang tahu.karam di laut boleh di timba, karam di hati bila kan sudah. berikan aku nafas baru untuk pengharapan baru. jangan digelapkan masa depanku. aku sudah mula berkecamuk, hatiku mengamok, jiwaku remuk, tubuhku gemuk. dengan asap-asap kepulan hitam berbau hancing dari tembakau jawa, aku hirup nafas baru ini, biarpun mual dan perit di kerongkong aku terpaksa. jika aku tidak bernafas masakan masih bernyawa keriput tulang empat kerat ini.
wahai rakan , taulan dan saudara. biarkan aku bernafas lega kali ini. jangan diganggu.
terima kasih kerana tiang nan rapuh yang telah diberi. tidak berbumbung tidak berdinding. bersiram air, dari jendela dua. aku menulis bukan kerana nama tapi biar aku sendiri menjadi pembaca. jariku bercerita hatiku yang mendengar. telingaku bertepuk tangan. bibirku menghulur simpati. kakiku tolong bersorak. akalku berterima kasih. pucuk baru hendak tumbuh. jangan dibiar tumbuh sendiri tapi jangan sekali dicemuh biarpun kecil. kalau benci dipijak saja. biar ku mati jangan diludah dibajai air liur hamismu...

T.A.G (taik ayam gunung)

3 stupid things in the world u fear most:
1. my dad
2. sluar tak zip lalu bjalan d khalayak ramai
3. marker ink tiba2 abes tgh wat sketch

3 stupid things you do when you're alone and free:
1. dreaming in english (good 4 improving)
2. berkarya
3. cabut bulu ketiak

3 stupid things you ever said to anybody:
1. aku nak berubah, nak mulakan hidup baru...
2. aku bertubuh sasa
3. ko mandi tak tadi?

3 stupid things anyone ever said to u:
1.pijat takpe, terror...........
2.ko nampak makin bulat la
3.hi hensem....

3 stupid things in the world you really care about:
1. comics
2. receipts, ticket, bills, (aku simpan smua benda dari aku kecik)
3. ofkos not my artworks, they not stupid things

are you a sad person?
not right now

3 persons to tag:
barrack obama
anwar ibrahim
elin marinah

Monday, November 24, 2008

seni permainan jiwa


maafkan aku yg sudah lama tidak menitiskan tinta-tinta keramat di atas lembaran blog yang hampir mati ini.
kesibukan terhadap rumah tangga yg baru dibina mungkin penyebab kepada jadualku yang berkecamuk tidak tentu hala, yang barat entah kemana, barang selatan pergi ke hutan, carik selipar makan dijamu, pulut disiat makan bertamu. aduh! manisnya kurasakan hampir 2 purnama aku tidak bermadah janggal puisi kayangan begini. sesekali aku cuma tertarik untuk menulis di diari ku yang kukira sudah setebal taik gigi unta di padang masir. berbonggal bisa menampung air tapi makan dagu ke tepi.
aku masih girang dengan peraasan semalam tika membakar diari keramatku didepan bilal b2.1. tidak pernah aku rasakan perasaan yg mendalam kelubuk hatiku yg terpendam kala diari yang ku coretkan hampir separuh umurku hangus dijilat sang pawaka. marak merah bersinar seperti kala kirmizinya senja menanti langit mega beralih tua.bersinar menyilaukan pandangan ku sambil sesekali gelak tawa hilai keramat ku berbaur air mata berlegar-legar diruang kamar.aku sedih. aku gembira. tapi yang pasti perasaan yang kurasakan malam itu pertama kali kurasakan semenjak lahir kedunia. itulah perasan MEMBAKAR DIARI. hahahahaha! aku teruja memerhatikan tika sehelai demi sehelai warkah yang dipenuhi tulisan seribu warna dan rupa menjadi hitam dijamah api yang sesekali berwarna biru tua.mungkin penggunaan kimia pada helaian kulit tebalnya mapu mengupah kondisi api sekaligus mempengaruhi warna yang bisa dibiaskan tapi yang pasti, jelaganya tetap sama.hitam! itulah rencah dunia yang hitam tetap hitam. yang putih tetap putih. biar dibakar emas mahupun sampah sekalipun jelaganya samaada hitam atau putih. hitam putih kehidupan melangkau rona warna ke dunia. kelahiran yang putih dicorakkan ibubapa juga. masakan lahir membawa kanvas dan warna. hahaha! maafkan diriku kerna sudah lama tidak berkarya. aku lupa passwordla..... :P

Monday, September 29, 2008

selamat hari raya


its been along time i didn't publish any post, quit busy with some other work, and actually i just finish my big TANGGUNGJAWAB, haha! we went to bangkok for heritage study trip, and me, PIJAT as a Project manager finally can menghela nafas lega because the beban that i carried for two years has finally takde but......
aku silap! everything is not berakhir but just begun! hu...... i'm just thinking about that trip and forgot about the exhibition, argh! damn! shit! still have something begantung on my body, i feel like when u berak, the shit still hanging on your ass, and u feel like, u know... u cant feel free until u lepaskan, until u setelkan, its ok, i'll try my best to get free. neway i have some picture about our trip to bangkok, u can visit my flickr! God damn! i already have my flickr! haha!

Thursday, September 4, 2008

unfinish..........


ni gambar yang tak siap, sebenanye potret ni dah siap and suda dihadiahkan kepada orang ni, taktaula die tau ke tak menghargai seni jalanan aku ni, kalo dier tak simpan pun jangan dibuang sudah, nak tengok gamba yang dah siap mintak kat dier

next artwork


ni plak potret susah cket nak lukis, ade akak indon tu bagi gamba dier yang kecik dan blur nak di kombinekan dengan gambar pakwe dier kat gambar yang lain pulak, dier nak dekat2 macam gamba mawi ngan ina naim, so dier ade bagi contoh gamba mawi kat aku, pastu ade pantun pebenda plak dier nak aku tulih, kire dier bagi kat aku 4 benda, gamba dier, pakwe dier, gamba mawi ngan ina and kad yg ade pantun tu. dengan jayanya aku lukis. die puas hati, dier pun bayar kat aku, dahla mase tu tengah takde duit, lepasla blanje 2,3 hari, duit minyak, topup cket, hehe!

Potret pejuang2 tanah air



ni dua gambar arwah moyang customer aku, tapi sangat bermakna sebab aku bagi kat dier, dier bayar, aku makan kat restoran die, aku bayar pakai duit tu balik, haha! neway, aku blanje kawan-kawan aku pakai duit aku sendiri, duit hasil titik peluh aku sendiri, best rasenye...

Friday, August 29, 2008


even ghost can be my subject


sape ni agak2?

Thursday, August 28, 2008



my artworks........ (aku dibayar tau)




Tuesday, August 5, 2008

A.I.R



AIR.....tempat Aku, Isya, Rahsia... sehampar lakaran indah dari secoret garis khatulistiwa, yang menyimpan ribuan cerita-ceritera orang lama dan ,,mengukir kisah-kisah baru............. AIR..

Wednesday, July 2, 2008

Berakhirnya sebuah permulaan

Salam kembali, bertaut-tautan kasih berpadu manakan bersatu isi dan kuku, isi ikan sama garing, keropok lekor sama dicecah, sekapur tulis seulas pulau pinang, secangkir madah tautan rimba,
Assalamualaikum warah matullah hi wabarakatuh! ingin sekali lagi ku gurisi papan rata bercahaya ini dengan lembaran-lembaran merepek ku yang sesekali penuh makna.perlu disingkap jangan disirap, perlu dicarik jangan ditarik. Biarpun Prof. dumbledor sekalipun takkan mungkin bisa menguliti isi yang ingin kusampaikan. biar lautan terbelah lapan. biar mentari berbulu sekalipun ! takkan mungkin pangsa-pangsa perenggan ku telus mencoret hingga ke tulang.

Berakhirlah sudah dua bencana, kini tinggal hanya nama. manusia mati meninggalkan i.c. harimau mati meninggalkan tahi.

Sunday, May 25, 2008

Terseranduk pepohon hutan.

Kadang aku berfikir sendiri dimana letak buku laliku, buku laliku di kaki kah? Benarkah ianya seperti sebuah buku yang sering lali, jikalau ia lali bukankah ia buku yang mangandungi hikmat dan seribu pelajaran. Bagaimanakah buku yang sering mengingati boleh lali. Apakah buku lali itu dinamakan buku lali kerana ia berada dikaki. dimanakah aku berpijak kini. dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Sekali lagi ingin kukutip kata pujangga besar. andai kau tegar dan lali melalui semua ini, rujuklah buku.! buku apa yang perlu dirujuk tidak pula dinyatakan tapi yang pasti bukan buku lima dan yellow pages yang tebalnya hampir berkoyan tapi namaku tidak terpahat barang sepatah, ish.ish.ish.!!!!
Aku seperti telah jauh pergi ke Andalusia tapi seperti dekat mengejar galaksi Andromeda, sesekali kuletih dan asma seketika di pinggir jalan lalu kuambil beberapa dos inhaler ku cukuplah sekadar menghela naafas pemanjang usia walau sedetik. Untuk aku berpatah balik tidak mungkin. Segala loji dan pembetungan sudah ku selidiki dimana punca dan kaedah pembersihannya lalu ingin kubiarkan rahsia ini dicuri JABATAN PENGAIRAN begitu sahja, tidak mungkin.......
Malam ini mungkin malam seribu bintang tapi tiada satu pun pengajaran yang bersinar, hanya ludah-ludah hina dan fitnah berjatuhan ibarat cirit-cirit bintang di langit yang bercucuran seperi baru memakan kari mamak berempah hebat disudahi dengan secangkir susu segar tawar lemak berkrim ;memancit-mancit tepat ke muka ku. Aku bukan saja tidak menahan malah menghembus-hembus ke udara tapi akhirnya ludahku terpercik ke mukan sendiri, kotor, jijik dan hamis ibarat muntah kerbau diperam dibuat jeruk pekasam. Sesekali aku cuba mengingati dimana mula perenggan yang tidak berformat ini, mana alamat, mana garis, tarikh nya entah kemana, apatah pula tanda tangan selaku setiausaha bervisi. Visual yang terpapar tidak sedikitpun mencerminkan apa yang pernah terlakar dahulu tapi inilah kehidupan yang sering datang dan pergi tidak dijangka. Lebar-lebar daun ketupat manakan sama si kucing belang. Ku carik-carik bulu katak dapatkah tidak kuku platipus. Paruh beruang jika diasah pun menjadi tajam. Renungkanlah air tasik...........

Monday, May 12, 2008

KEKALUTAN BERMULA

hidup ini ibarat roda, kadang di atas, kadang di bawah.tidak seperti keropok roda yang sentiasa diatas kemudian teros kebawah bilamana ia masuk dari mulut di atas tatkala memakannya dan keluar dari bahagian bawah tatkala membuangnya. mungkin laju andai kecairannya lebih atau sukar bilamana kadar kecairannya rendah.terpulanglah kepada setiap jiwa dan jubur seseorang untuk mengusahakannya. pujangga besar dan golongan cerdik pandai selalu berpesan 'manusia sering riuh mengatakan busuk tika tercium bau taik orang lain tapi hanya akan diam bila menghidu bau taik sendiri, sekalipun dia berada sebilik berkuwap semasa proses penyahtinjaan itu dan hanya melalui bilik itu tatkala orang lain punya angkara'.
kali ini seribu hikmah kutemui, mungkin bisa menjernihkan kembali kekeruhan abadi yang aku cipta dulu. sudah tidak abadi lagi namanya. Abby abadi juga bukan namanya. biarlah ia tanpa nama. apa ada pada nama. sekadar pinggiran di rimba.

Sunday, May 4, 2008

Pembelajaran sebuah kehidupan

Madah-madah ku bukan repekan seorang pujangga tapi setiap butir-butir hikmah yang ku lemparkan kutip dan anyamlah menjadi hamparan relung cinta dan dikalungkan ke tengkuk zirafah peliharaanmu iaitu kehidupan

Thursday, May 1, 2008

kembali..........

Aku kembali, kembali, kambali! Yeah, tidak sesekali aku menggali, bak kata pujangga besar 'orang menggali memakai cangkul, orang bengali memakai serban'. Sesekali kata-kata sebegitu terngiang-ngiang di gegendang telingaku yang terdiri dari tiga tulang terkecil manusia dalam sistem pertulangan badan; nyaris kecil gegendang ini, kalau gendang di telinga ini seperti Gendang Ibu atau Gendang Anak, masakan tidak berdikir barat tulang temulang ku di kepalaku. Ditambah dengan alunan dikir rambong yang dinyanyikan romong. Bisa gugur putik-putik manggis yang baru hendak berbuah di tiang elektrik dihadapan Sekolan Convent Bukit Nanas.
Aku kembali membawa seribu pengharapan, tapi bukan harapan yang kini tinggal harapan. Yang pasti tidak tinggal Accapan dan Ayyapan. Dua watak hitam yang sering bermain di layar-layar perak sekitar Tanah Malaya ini. Aku kembali menyambung pengajianku setelah 3 hari tidur tanpa dengkur, I'm flying without wing, terjemahan yang diberikan oleh John Kennedy ketika mula-mula membuka penempatan di Naning ratusan tahun dahulu. Tika itu Tiger Woods dan Serena William masih bermain dalam kelab bola sepak yang sama, bersaing mendapatkan strike terbanyak, tika itu memang nama kelab 'Blackburn Rovers" tersohor ke seantero dunia.
aku mengharapkan agar aku dapat memahat dan memarhat kejayan besar agar bisa kulupuskan dari ingatanku kemaluanku yang besar di semester lepas kerana gagal memperoleh kejayaan cemerlang, bangkit! ayoh...!!!

Tuesday, April 29, 2008

lagi penulisan kreatif

Idolaku dalam bidang penulisan




Sunday, April 27, 2008

keserabutan.......

Argh.........aku keserabutan, di dalam kepalaku ibarat berus sabut yang tercabut-cabut. Ditambah selingkar berus dawai yang digunakan masyarakat kampung di kala kenduri membersihkan bontot kuali. Di kampung-kampung mungkin masih ada budaya gotong royong ketika majlis keraian, tapi di bandar, katering semakin menjadi pilihan. Itulah manusia, sentiasa mahukan kesenangan sehingga lupa budaya dan adat setempat.
Aku seperti dihimpit batu, bukan batu belah batu bertangkup, mahupun Batu Gajah, Batu Hampar ataupun Batu Caves yang menjadi sasaran aktivis Hindraf berkumpul suatu ketika dulu, tapi batu besar yang jatuh ibarat helikopter Apache terhempas membelah samudera raya. "kecebur.!!" mengapa si dia mengungkapkan kata-kata sebegitu yang mambuatkan aku serabut. Ditambah pula aku mengetahui briefing tuk Semester ini akan dilakukan 4 hari lagi. Bukan hari ini.Apa yang perlu aku lakukan ini? Di tengahari ini aku seperti tv yang kehilangan area booster, ibarat motor tidak bertongkat, aplikasi tongkat motor dalam kehidupan sangatla penting merencana misi dan visi seorang mat rempit. Sedarkah anda walaupun tongkat motor itu kecil tapi tanpanya motor tidak mampu untuk berdiri dengan sendirinya. Terutamanya superbike yang beratnya hampir menyamai berat seekor kerbau dewasa yang sudah cukup sifat untuk disembelih.
Permulaan yang baik hari ini, tapi isi pertama yang mewarnai hari ini hanya putih, tawar, dan sesekali rasa payau yang lebih kearah paya air masin dipesisir pantai barat Sabah. Sungguh indah negeri Sabah, kaya dengan tumbuh-tumbuhan. Oh, malaysia tanah airku. malaysia boleh!!!

Assalamualaikum.... pembuka bicara....

Permulaan yang baik bagi sem ni ku kira. "Huah.......!" aku terjaga dari lena yang tidak diulit sebarang mimpi indah. Masakan mimpi indah, diulit intan jauh sekali, walaupun Intan Sarafina tidak kukenali tapi ku pasti beliau sudah tidak menyanyi. Memang sukar kini, penyanyi baru tumbuh bak cendawan. Perusahaan cendawan Encik Hussin pun makin berkembang maju, Alhamdulillah.......

Aku terjaga dari tidur sendiri, tepat pukul 6 pagi. Tika lalat dan kumbang masih tidur lagi. Barangkali dikampung-kampung semua unggas dan mergastua bangun lebih awal tapi di sini, di bumi Gombak ini, mereka pun turut hanyut dengan arus kemodenan semasa. Hiruk pikuk kota metropolitan Kuala Lumpur sedikit sebanyak mampu mengubah personaliti bukan sahaja lalat bandaraya tapi mungkin Ikan Bandaraya. Aku ingat lagi ketika Arwah nenekku membeli beberapa ekor ikan bandaraya di akuariumnya yang besar itu, aku sering leka didepan kaca akuarium melihat gerak bibir ikan bandaraya yang kembang kuncup membersihkan dinding akuarium.

Aku terus bangkit menuju ke kamar mandi. Tidak menuju ke rumah Kamarudin. Kamarudin Mape bagi aku seorang personaliti tv3 yang bagus. tapi nama-nama seperti Karam sikh Walia lebih mekar di bibir-bibir orang awam. Aku mengambil wuduk dengan penuh rasa bersyukur. Tuhan makbulkan permintaan ku untuk memulakan Semester ini dengann kehidupan yang diredhoi. Aku susah bangun Subuh sebenarnya. Mungkin setiap kali fajar menyinsing aku bangun di pagi hari. Tapi hanya bahagian kecil tubuhku. Tapi dikala Hari Raya menjelma aku bangun dengan senang hati, memikirkan lontong dan ketupat di dapur. Permasaalahan sukar untuk bangun Subuh ini bukan sahaja melanda diriku tapi yang pasti ramai didunia ini, Mawi pun belum tentu. Tapi yang pasti mendiang Elvis Presley yang diagung-agungkan disana tidak pernah bangkit untuk solat Subuh. Kerana itu aku bersyukur aku dikejutkan pagi ini.Tika ramai manusia di seantero dunia sedang nyenyak beradu.

Permulaan yang baik bagi sem ini. Pagi yang pertama, hari yang pertama, subuh yang pertama, coretan diriku yang pertama dipagi ini. Salam perkenalan bloggers........

Saturday, April 26, 2008

I, U, me, he, she?????

"never love her, not love me, but I love I, and my english is right."

Thursday, April 24, 2008



my artworkx




bila ubat stapler di atas jubin-jubin putih

jangan mare..........

haha! J.K. ROWLING pun ade muke cam dier...

saper penulis?

aku lebih gemar menulis dari menaip sebenarnya, aku merupakan seorang penulis yang HEBAT!!!!! aku tak nafikan. tapi aku seorang penaip yang lemah. bile menaip kita seolah-olah bersuara melalui gerakan jari, seolah-olah kita bercakap tapi projection bukan pada kotak suara tapi gerakan jari, kerana itu apabila kita menaip kita mengenepikan keindahan penulisan dan undang-undang tatabahasa. ejaan yang salah. singkatan. akronim yang tidak tepat.tiada asonansi. tiada unsur2 penulisan!!!! argh..!!!!
tunggula kemunculan novel pertama aku. insyAllah............
yang aku tau skarang dah ade 3 orang yang akan beli, dan seorang akan beli 1000 naskah. haha!!!
kayo! kayo! pakcik kayo!!!

Wednesday, April 16, 2008

Aizat - Hanya Kau Yang Mampu Lirik

Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku


Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
[Hanya Kau Yang Mampu on http://lyricsmusicvideo.blogspot.com ]

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
ooooo

Wednesday, April 9, 2008

hariharikerja

lalalalalalalalalalalalalalalala

Saturday, February 9, 2008

bismillah~

tepuk amai amai
belalang kupu kupu
tepuk saye pandai
dapat blog baru!