dah 2 hari UIA takde air, sebab ape ntah, ade tong taik tumpah kot, sampai cuti telah pun diisyhtiharkan (cam salah eja je), maybe pihak pengurusan uia tanak student datang klas dengan ketiak yang berkerak dan dihurungi lalat, okla tu, dapat cuti.. so, masa air takde aku terfikir camne kalo satu dunia takde air nanti. baru 2 hari gombak takde air dah kecoh.sampai terhenti segala urusan rasmi. hanya kerana air yang selalu melimpah-limpah bila paip kat uia ni bocor.
ok, bayangkan ek....
one day, no water in this world, everybody looking for water. and water such a medium to get anything. banyak air orang tu kaya lah dia. orang miskin susah nak dapat air. selalu kan cite camni dalam tv or komik? so, ape guna duit masa tu, sekadar kertas yang ade muka agong tua yang telah lama mangkat dan ade lubang berplastik yang selalu dijadikan teka teki, dimana kah puting pada duit? selain dari tu takde guna, ntah2 kalo mase tu sejuk orang taktau nak bakar ape, orang kat bank ambik duit pastu diorang pun bakar duit2 tu nak buat api, so Money is nothing!!! nape orang sibuk pasal duit, nape aku sibuk pasal duit, sibukla cari duit sendiri semata-mata tak nak mintak duit kat parent. last2 mak gak tempat mengadu nak itu nak ini. kan? ade satu kisah zaman dulu, aku tak sure zaman sahabat or zaman tabiin. seorang alim (aku tak ingat nama die) berjumpa dengan seorang raja yang memiliki tanah jajahan yang sangat luas sehingga die selalu berbangga dengan keluasan empayarnye. dan orang alim itu mengatakan yang nilai tanah keluasan empayar tuanku tidak lebih ataupun sekadar sama nilai dengan segelas air ini. sambil memegang segelas air. lalu raja tersebut murka dan berkata, "cis! berani kau berkata begitu, masakan jajahan beta yang seluas saujana mata memandang ini, timur ke barat luas terbentang hanya bernilai segelas air!!!" lalu pendeta tersebut membuka bicara." bayangkan tuanku sedang terkandas di sebuah padang pasir yang luas dan sudah tiga hari tidak menjamah apa2, tidak ada apa2 yang tumbuh melata, lalu datanglah patik menawarkan sgelas air. adakah tuanku akan memintanya.?" "ya, sudah pasti...!!" jawab raja tersebut. "walaupun patik menawarkan untuk ditukarkan dengan separuh kekayan tuanku, separuh dari negara tuanku untuk segelas air ini.? lalu raja tersebut terdiam, memikirkan hanya separuh dari negaranya yang diambil dia pun bersetuju. lagipun apa lagi yang berharga disebuah padang pasir dari segelas air. lalu pendeta itu menyambung cerita.. "lalu tuanku berjalan lagi dipadang pasir yang tandus itu dan berasa hendak membuang air, tapi tidak kesampaian, tuanku menanggung derita tidak dapat membuang air, lalu patik datang menawarkan untuk dilepaskan keperitan tuanku denagan separuh lagi negara tuanku, adakah tuanku akan menerima tawaran tersebut?... sekali lagi raja tersebut terdiam dan mengatakan tidak sanggup beta menanggung keperitan itu. yela.. korang bayangkan korang sesak nak kencing tapi kencing tu takleh kua, seksa kan? last2 raja tersebut mengambil pendeta tersebut menjadi penasihat istana kerana kebijaksanaan beliau. cam nujum istana la , nujum pak belalang. SO, HATTA SEBUAH NEGARA YANG LUAS ITU PUN SEKADAR BERNILAI SEGELAS AIR, so, jangan lah kau selalu bebangga dengan duit 50 ringgit engkau itu, ntah-ntah sekadar bernilai setitik peluh petani. dan kereta engkau yang berkoyan2 itu dan perusahaan ladang2 mu itu mungkin sekadar mlepaskan kencing di tangga. :p haha, duit tu tak de ape2 la pijat, jangan risau sangat, sekadar medium. kekayaan sebenar ada dalam hati. dalam diri. sedarlah yang sebenarnya engkau kaya dengan pelbagai anugerah yang tuhan kurniakan. bersyukurla... tapi janganlah teros tanak keje lak. duit itu perlu sekarang, tapi jangan kerana duit haluan hidupmu tersasar. hatimu jauh terpesong. pangkat dan darjat itu perlu! kau perlu dapatkannya! tapi bukan itu yang utama. ok? haha, aku nasehat diri aku sendiri.
so, satu hari nanti dunia akan jadi camtu, tandus, kering takde air. segala urusan akan terhenti. hanya kerana air. sebuah negara hanya bernilai segelas air. yang sekadar lalu di tekak dan keluar balik dari salur kencingmu. sekadar lalu.
Thursday, January 15, 2009
MONEY IS NOTHING!!!
Posted by encik pijat pilu at 7:13 PM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)



