aku sejuk, baru bgun tdo....di tahunbaru ini. aku sudah selsema dan berhingus, sekian terima kasih!
Wednesday, December 31, 2008
Sunday, December 28, 2008
jangan dilukai sayap opah
Bendera thailand yang jarang mengibar2 di hadapan hujung ekor hidungku sepetku, ntah dari sekolah siam mana dicuri bendera kualiti rendah ini, tapi ikhlasnya hati beliau menderma mengalahkan keikhlasan lewre menaja kasut emas untuk persandingan mawi yang dicintai malaya, ketika mentari mula menangis seperti bayi yang baru lahir dan bulan perlahan-lahan mengesot keluar, tika inilah aku tersadar, kelopak mataku mula memberi tenaga awal berjalan ke neuron2 otak melalui jalan-jalan saraf yang bersimpang siur seperti rerangka misai kucing, lalu terpancarla dua biji mata kuyu yang penuh berselepat sisa tahinya seperti sawang yang merungkai dan berjuntai di bandar metropolitan gotham city, kadang aku terfikir kota a'famosa lebih luaskah, dari kotaraya di bandar kuala lumpur, atau luaskah pemikiranmu yang sudi membaca entry ini, sesempit lubang hidung aizatkah, yang sudah susut perut gendutnya tapi salur nafasnya masih terbuka luas saujana mata memandang, dari ufuk timur hingga hujung barat? lalu aku bangun dan berjalan terhuyung hayang, sambil megorek2 sisa sisa perkilangan dalam serobong hidung mungilku, ah, mungkin sisa semalam, kurang memberangsangkan, andai menteri di jabatan sains dan teknologi peka dengan isu global ini mungkin hasil ini tidak seciput mana tapi sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum riang, puas rasanya, ibarat berlumut ketiakmu dam tumbuh kaktus kaktus segar di jerawatmu sekalipun tidak seasyik aktiviti perlombongan aku ini, setelah kuyakini bersih seratus peratus cerobong napasku, ku kembang kempis kan sekali sekala, lalu ku tunjuk sujud mengadap ilahi, dalam penuh keinsafan dan kengantukan aku bersujud dan terus tersujud selepas salam, tanpa kutukar sarung lusuh yang berusia 7 tahun 3 purnama hidup bersamaku ini, ku duduk, sambil mengibas-ngibas agar sistem pengudaraan organ didalamnya sempurna, baru ku terfikir yang sarung lusuh dan kusam berbau manis ini sudah berusia rupanya, berkongsi hidup suka duka denganku, teman maksiat dan teman ibadat, usianya tidakla setua firaun ramses yang mungkin membina piramid tanpa software autocad mahupun 3dmax, tapi mana tahu kan, mungkin pyramid dilakar menggunakan software yang lebih canggih dan gratis, dirender menggunakan nenek moyang atlantis, katika sarung ini dibeli ketika aku ke indonesia zaman pemerintahan megawati lagi, tika itu satu juta cuma 360 ringgit malaysia, dan sekarang terlalu banyak pergolakan dalam dunia dan mereka seringkali bertukar-tukar pucuk pimpinan, biar mentari terbelah lapan, biar waris sukarno bukan lagi pemimpin indonesia, biar timor leste sudah menuntut kemerdekaan, walau pun bunga citra lestari telahpun mendirikan rumah tangga, tapi kain pelekat indonesia ini masih setia memberi khidmatnya padaku walau ada sedikit koyak dibahagian bontot kiri koordinat 57 darjah barat daya, dan ada tompok2 dakwat malar yang tumpah dari pen tidak bertutup sepurnama dulu. rupa dan warna tidak sesekali berubah dan terus terpahat dalam hatiku.
aku duduk bersimpuh sopan persis anak dara mahu dipinang putera raja negara pasir berdengung dengan mas kahwinnya talak satu, lapisan-lapisan lemak degil dari perut kelihatan sedikit mengerekot bila aku mula melabuhkan bontot pejalku diatas katil, lalu ku buka baju tidurku untuk lebih mudah dibuat kain pengesat lebihan gula yang meleleh dari hidungku, sambil menggaru-garu permukaan kulit yang entah kenapa gatalnya menjadi, mungkin ada yang ku silap jamah menyebabkan sel kulit dirajaku yang pantang turun ketanah bertindak balas aktif dan merembeskan serum-serum gatal yang bisa membuatkan ku tergaru-garu, jemari mulusku menari bak gerak tubuh datuk shahrukh khan yang ketika penganugerahannya mengundang seribu satu kontrovesi, lalu aku merasakan diriku dan tubuh ini sudah bersedia dihadapan komputerku, aku menjengah keluar tingkap untuk melihat barangkali ada komet yang melintas dihadapan mata kepalaku, yang bisa aku menabur hajat akan dipanjangkan waktu hari ini untuk disambung mimpi2 anehku, tetapi aku hampa, tiada cirit-cirit bintang yang bertaburan meninggalkan parut kudis-kudis cinta pun melintas, dengan hati yang penuh perasaan keterbukaan aku mengeon komputer lalu teros ku bukak blog dan di post entry ini, ah! sambung tidor!
Posted by encik pijat pilu at 3:46 PM 0 comments
Labels: biar jingga warna kudismu
Wednesday, December 24, 2008
aku makhluk yg tidak reti bersyukur......
ntah bila akan terbuka
mata yg lama terpejam lena
hati yg keras membatu
jiwa yang tebal berkematu
nafas yang pendek tersekat sekat
batuk yang aneh terkongkol
nafsu yang dijadikan raja
pujukan lembut ibarat cemeti
asyik mengadu domba
tanpa ada gerakan
seperti hati yang membatu
tubuh juga membisu
kelu seribu bahasa
aduh! palulah diriku
wahai Pencipta
Posted by encik pijat pilu at 7:17 PM 0 comments
Al fatihah.........

al- fatihah buat allyarham dr shukri yg baru mninggalkan kita dengan seribu satu persoalan, mninggalkan aku sebenarnye, aku taktau knapa aku sangat terasa dengan pemergian beliau, walhal beliau tidak pernah pun mengajar aku, aku taktau ape agaknye rase student2 yg rapat ngan beliau, lecturer yg rapat ngan die, bromo yg baru jumpa die kul 2.30, last2 kul 5 lbih die dah takde,takpun ape perasaan fara ngan ila, dua2 yg aku tau takut ngan darah, tapi dorang yg tolong beliau ketika beliau mengesot keluar dari bilik tersebut, dengan keadaan yg diberitahu fara darahnya keluar seperti air paip, ape lak rasa family die, bini die, anak2 die, yg mcam tak sangka pagi tu sempat beramah mesra dengan beliau yg sihat walafiat,tapi petang tu dah takde, wat selamanya.....dan bukan sahaja pemergiannya yang tak disangka2, tapi kematiannya, tempat kejadian, orang yg mbantunye, waktunye, smuanya tak ade sape2 yg penah terfikir, walaupun aku berfikiran kreatif dan ramai yg suruh jadi pengarah filem ke, novel ke, pengarang komik ke, hatta aku pun tak pernah fikirkan kejadian seperti yg berlaku. itulah kuasa Tuhan, tuhan yang Maha Kreatif. God is the best Artist....
Posted by encik pijat pilu at 3:46 PM 0 comments
Monday, December 22, 2008
tag yg jujur
I was tagged by elin
1) Do you think you're hot?
- WARM!
2)Upload your favourite picture of you!
3)Why do you like that picture?
-SEBAB AKU ADE NAMPAK CAM HERO KOREA CKET :P
4)When was the last time you ate pizza?
- bulan puasa lepas kot, bukak puasa
5)The last song you listened to?
- Wake up call, Hayden Panettiere (video klip lagi, haha! pengaruh elin)
6)What are you doing right now besides this?
- kerat kuku
7)What name would you prefer besides yours?
- syafizat omar?
People i tag :
1- isya
2- nini
3- BIG
4- aznil
5- Intan
8)Who is number 1?
- my soul
9)Number 3 is having a relationship with?
- some frog?.
10)Say something about number 5?
- die ade ke blog ek
11)How about number 4?
- my idol, hope can be like him one day
12)Who is number 2?
- my studiomate
13)Say something to the person who tagged you.
- something!
Posted by encik pijat pilu at 4:53 AM 0 comments
Sunday, December 21, 2008
Assalamualaikum dam salam sejahtera...
aku cuba untuk menaip apa yg ada di kepala ku dengan harapan ayat yg kluar bukanlah bahasa2 puitis madah2 pujangga tetapi entahlah, barang secebis pun tidak menjengah, aku suka bermain bahasa, suatu perkara yang indah, manakan tidak aku gunakan. mungkin tidak ada yg membaca, yela, bukan difahami pun setiap butir setiap bait yang kusampaikan, entah apa lah yang direpekkan pijat tu. tapi aku tetap menaip, sudah tidak ada bunyi mesin taip kletuk kletak tapi aku ditemani bunyi bising dari kipas komputer ni, bunyi mengalahkan kambing mengaum di kaki bukit.
aku baru start blogging, dan hari ini hari first dalam sem ni, sem yg aku rase aku akan teros blogging, akan mulakan blogging sebagai kerjayaku, yang serios! tapi doakan moga kudrat ini mampu tros menaip dan menaip. walaupun yang membaca hanya aku, aku , aku dan aku, HAHAHAHAHAHAHAH!
sebelom2 ni punye post anggapla post percubaan, kira hari ni hari first keje la, seblom ni training. so aku nak mulakan dengan mengucapkan selamat datang kepada kawan2. harap sem ni takde yang menyusahkan aku, yang tinggalkan keje sorang2 kat aku pastu aku terkonteng2, korang yg dapat nama, yg dapat a. taktau bila nak sedar, entah taik apa yg ada dalam pale korang yang tak boleh pikir sendiri ke. yg tu tanggungjawap korang, keje kita same2, tapi yg kena marah aku, yg dibenci lecturer aku, korang lecturer suke je, dapat markah tinggi je, gelak ktawa la, pastu aku kuli korang wat keje2 bodoh korang. damn! hah! best gak mencarut2 kat blog ni, haha, thanks elin, i got inspired by u! fuck! babi! haha! dedicated to elin also, jangan marah. i really mean what i said bout u last night, yea! includ pasal mandi tu. neway u rock baby! walaupun ko tak g rock the world, macam aku ni tak sedar diri lagi, kaki dah gout g rock the world lagi, dah terhinjut2 macam orang tua je, umo baru 20 ni, neway, ade lagi yg aku nak cakap pasal ko tapi semalam dah takde mood tiba2 sebab aku masuk blog ko n aku nampak ko dapat tshirt elmo, hu...... cute gile tshirt tu, mesti kasut aku dah tak best kan sebab ko dah dapat benda lg best..T_T.
kepada rakan2 yang selalu brsama aku tak kira aku sakit ke sihat, tapi selalu sakit la kan, bukan maksudnya korang selalu ada bila aku sakit je tapi aku yang selalu sakit n korang memang selalu ngan aku, haha. jaga kesihatanla semua orang. sem ni aku tak harapkan apa2 magic pun cuma aku harap aku dapat tonjol diri aku yang sebenar, aku nak orang respect aku sebab keje aku, bukan talent aku. kira kalo aku penyanyi aku tanak orang sume suka aku sebab aku kacak tapi sebab suara aku memang sedap. who know one day i'll become HOD. macam naruto plak nak jadi hokage kan. memang aku ni macam naruto cket kot, prangai la, rupa takde.
jadi saya ade ucapan kepada blogger2, im new, support me, aku tak menulis cite2 aku, kisah hidup harian aku la, diary romeo ke tapi apa yg bakal aku coretkan mungkin warna sebenar dunia ini, yang sering tercalit dan terpalit dalam hidup aku, mungkin ramai yang turut terkena, jadi kita boleh kongsi sama2, disini, ya..! di sini! Arios!
Posted by encik pijat pilu at 3:20 PM 0 comments
Friday, December 19, 2008
BAHTERA TANPA KEMUDI

persetankan semua! telah kubilang sesekali tidak kugusar tiada yang dapat apa ku mahu. kusampaikan tiada yang mengerti walau barang sepatang arang. biar sebutir pun blom tentu ada yang ngerti. tapi dari jari kehati. mereka-meraka yang terkena tempias ludahanku takkan sedar yang kahak itu kian membusuk dan hanyir di pipi mereka.
hari ini aku tersadar yang tiada aku sebagai roda, tidak berjalan pedati kuda.
tiada aku sebagai kemudi, tidak belayar bahtera. tak bisakah kamu berjalan sendiri, tanpa diherdik seperti lembu, dipalu dengan cemeti seperti khimar tua yang terketar2 menunggu mati. sekalu dipukul selangkah kehadapan, sekali dipukul selangkah kehadapan. jika berbatuan jalannya maka perlahan geraknya. susah sangatkah kamu menyusur sendiri berfikir sendiri merasa sendiri yang bahtera kita tidak berlayar malah hampir karam, tidak ada walau seorangpun yang cuba tuk mengayuh dayungnya, semua menanti satu sama lain. ya kamu! kamu! kamu! dan kamu! kamu semua! tidak perlu menuding kearah siapa2. hingga bahtera tersadai pun masih perlu salahkan aku, bila aku menjadi nakhoda, bunyi2 sumbang kedengaran. rumah telah siap terbina, pahat masih berbunyi-bunyi.bila aku sekadar kelasi tiada siapa yang terfikir tuk melayar bahtera. argh! aku tidak bisa auntuk melihat bahtera ini tersadai di celahan batu-batu hampar yang tajam ini.
kamu! maafkan aku andai aku memegang kemudi dan menjerit-jerit minta dayung dikayuh. aku tidak mahu kapal ini karam sebelum berlabuh. biarkan aku habiskan apa yang aku mulakan.
Posted by encik pijat pilu at 3:13 AM 0 comments
Monday, December 15, 2008
antara cacing dan naga

hadapi dengan senyuman.........
aku hidup dalam limpahan kasih sayang tuhanku, kadang aku terfikir siapalah aku untuk menerima smua ini, tiga kupinta diberi, lima kumahu kudapat. apa saja yang yang melata di atas dunia ini kita kongsi.dan aku dapat! yeah! aku masih bernafas diatas muka bumi ini pun kadang aku terfikir semata-mata kerana kasih sayang tuhan. tidak pernah kuberi apa yang perlu, kuberi tuba dibalas gula, masih tidak sedarkah engkau wahai makhluk yang semua manusia didunia sedang lemas dan bernafas dengan angin dari hati pencipta.
segala pujian dilempar kepada maha pencipta, membuka bicara hatiku yang kini baru terbuku terbiar sudah. aku seperti seorang yang lemas terkapai-kapai mencari tepian sedar dan aku hanyut menggapai apa sahaja yang ku mampu di tepian, andai duri yang kucarik, lukakah diri. andai lumut yang ditarik lucutlah pegangan. andai emas yang dihulur masakan aku tidak mengambil barang secebis. tapi, masih belum ada tangan mungil yang benar-benar menghulurkan setiap jari halusnya untuk kugenggam.
kadang aku juga hidup dihutan, bersama unggas dan mergastua. aku berkelompok bersama sekawan merak yang memang turunnya dari kayangan, tak kurang gahnya apa yang aku ada, sebidang dada lebar yang bisa menipu mata hakiki, dan jambul tinggi berwarna-warni , tegak berdiri diatas kepalaku walaupun sebenarnya ia jambul yang ku pilin sendiri, bukan dari orang tuaku. megah aku terbang tanpa dipandang, ditegur, bersama sekawan merak yang cantik. tapi tahukan dunia, atau tahukah diriku yang aku sebenarnya belatuk yang besar. seakan helang terbang tinggi, seakan enggang mengepak lebar.mungkin juga aku pipit yang malu bila aku pulang ke kampung.tapi entahlah, aku selesa bersama enggang, selesa bersama helang, selesa bersama semua. cuma sesekali mereka memetik buah muda ditaman, aku merasa geli tuk menjamahnya. makanan rujiku mungkin cuma semut dan anai-anai. hmm... entahlah, aku bisa hadapi semua dengan senyuman cuma mungkin satu hari nanti aku akan pergi meninggalkan dunia yang penuh kepura-puraan ini.
Posted by encik pijat pilu at 1:03 PM 0 comments
Sunday, December 14, 2008
PERMULAAN BARU

hidup baru bermula, bahang dan kehangatannya semakin terasa, kedinginan embun sisa-sisa cuti mula pudar dan kusam. ibarat pucuk baru cambah.ibarat putik atas tanah. daun hijau sama ranum.daun kuning sama gugur. aku melangkahkan kaki kembali ke era alam santeri yg penuh onak dan duri.baru saja menghela nafas baru, aku sudah disesakkan dengan satu tumbukan padu masalah tepat dirusuk kiri adamku. argh!!!!! mungkin bagus melancarkan nafas baru, mungkin berdarah didalam siapa yang tahu.karam di laut boleh di timba, karam di hati bila kan sudah. berikan aku nafas baru untuk pengharapan baru. jangan digelapkan masa depanku. aku sudah mula berkecamuk, hatiku mengamok, jiwaku remuk, tubuhku gemuk. dengan asap-asap kepulan hitam berbau hancing dari tembakau jawa, aku hirup nafas baru ini, biarpun mual dan perit di kerongkong aku terpaksa. jika aku tidak bernafas masakan masih bernyawa keriput tulang empat kerat ini.
wahai rakan , taulan dan saudara. biarkan aku bernafas lega kali ini. jangan diganggu.
terima kasih kerana tiang nan rapuh yang telah diberi. tidak berbumbung tidak berdinding. bersiram air, dari jendela dua. aku menulis bukan kerana nama tapi biar aku sendiri menjadi pembaca. jariku bercerita hatiku yang mendengar. telingaku bertepuk tangan. bibirku menghulur simpati. kakiku tolong bersorak. akalku berterima kasih. pucuk baru hendak tumbuh. jangan dibiar tumbuh sendiri tapi jangan sekali dicemuh biarpun kecil. kalau benci dipijak saja. biar ku mati jangan diludah dibajai air liur hamismu...
Posted by encik pijat pilu at 8:48 PM 0 comments
Labels: kini aku mahu serius berkarya
T.A.G (taik ayam gunung)
3 stupid things in the world u fear most:
1. my dad
2. sluar tak zip lalu bjalan d khalayak ramai
3. marker ink tiba2 abes tgh wat sketch
3 stupid things you do when you're alone and free:
1. dreaming in english (good 4 improving)
2. berkarya
3. cabut bulu ketiak
3 stupid things you ever said to anybody:
1. aku nak berubah, nak mulakan hidup baru...
2. aku bertubuh sasa
3. ko mandi tak tadi?
3 stupid things anyone ever said to u:
1.pijat takpe, terror...........
2.ko nampak makin bulat la
3.hi hensem....
3 stupid things in the world you really care about:
1. comics
2. receipts, ticket, bills, (aku simpan smua benda dari aku kecik)
3. ofkos not my artworks, they not stupid things
are you a sad person?
not right now
3 persons to tag:
barrack obama
anwar ibrahim
elin marinah
Posted by encik pijat pilu at 7:02 PM 0 comments




