سلامت مڽمبوت هاري مولد الرسول.....
سمڤنا هاري يڠ اينده ني اكو وات انتري دالم توليسن جاوي، دڤت فيايل چكيت. سملم اكو نق ڬ ليبراري، رينيو بوكو، اكو نمڤق كت مسجد رماءي ڬيلا اورڬ، اڤيحال؟ روڤي2ڽ ادي ماكن فري، ڤاتوتلا.... بودق اواي ني ڤنتڠ دڠ مقن فري، سڠڬواوڤ تڠڬو بيريجم2، تڤ بربالوا لا مقن داي ممڬ بيست، نيواي ني ادي ڬمبا چكيت، سمڤت ڬق اكو منڠكڤ وجه ببراڤ مأنسي راكوس، تق كيرا لا لاكي ك ڤومڤوان، تودوڠ لابوه ك تدوڠ سيڠكت سڠڬوڤ براتور بهيمڤيت2، نق ماكن فري ڤوڽا ڤاسل...
Tuesday, March 10, 2009
سلامت مڽمبوت هاري مولد الرسول.....
Posted by encik pijat pilu at 4:59 PM 2 comments
Thursday, March 5, 2009
masih.............
aku masih mengejar pelangi dan sesekali seluarku dicarik2 duri2 ditepi danau yang kulalui, mengapa aku yg harus berlari. memang aku mengejar pelangi tapi wahai sang pelangi muncullah disini, dihujung kaki ku. agar bisa kurangkul lehermu. lalu kukucup keningmu.
aku sudah semakin letih berlari.
terhinjut-hinjut.
seperti kebayan yg mendaki.
gunung tinggi pulang pertapa
kadang aku ternampak seorang puteri raja, yang berkoyan-koyan dayangnya. pengawal istana satu bahtera. tinggal di dalam taman larangan. terlalu jauh untuk sang pendeta tua, mahu bersua, sekadar menghulur tangan mahu memberi salam.
jauh sekali untuk dikejar. andai pelangi itu itu sudah dapat kudakap akan kujadikan hantaran cincin tanda. buat sang puteri.
7 dulang hati kuman
7 dulang hati nyamuk
7 tempayan air mata dara
sekadar nisbah nilai cinta, akan kuberikan nyawa. jiwa dan raga. biarpun sekadar salamku dibalas.
terlalu jauh aku mendongak. menjengah tiang pun tidak termampu. apatah lagi mendongak bintang. pelangi... mahupun sang puteri...terlalu tinggi untuk ku gapai.berikan aku kuda pedati agar bisa ku berpijak di bumi yang nyata. kembali bertani berlumpur berselut bergembala. jangan diomongkan kuda sakti, bersayap putih terbang tinggi. kerna aku sudah hanyut dibuai mimpi. melihat sang puteri beradu di buaian sambil jemari mulusku menyuap anggur pada bibir comelnya yang merah menyala.
argh.... sedar! sedar! semua katakan padaku yang pelangi itu khayalan! jangan biar aku hanyut terkapai-kapai dalam duniaku sendiri. manakan pipit sama enggang mencari makan bersama. cacing takkan jadi naga. gagak takkan menjadi merak.
aku masih belum letih, cuma aku perlukan detik waktu yang berputar agar bisa menjadi perlahan. untuk kucukupkan segala bekalan, ku pintal pelangi indah lalu kuanyam menjadi warkah cinta pertama. lalu kusucikan dengan cairan salju. dan bintang2 dilangit aku petik menjadi hiasan2 perenggan pertamaku. akan ku kembara ke hujung dunia, mencari permata paling indah, dibuat noktah mengakhiri bait pertama warkah cintaku. lalu apa sahaja yg indah akan kukepil bersama, apa sahaja yang bersinar akan ku sertakan sekali.
tapi mampukan aku, untuk mengejar pelangi yang kini hanya wujud dikaki awan. yang indah menggerbang di kayangan.sedangkan aku hanya punya kaki... kaki biasa yang Tuhan beri, berjari sepuluh bertumit dan mempunyai lutut. juga lutut biasa. yang sesekali pangkal kakiku perit kerana sakit.berdiri pun tidak mampu. apatah lagi terbang ke langit...
Posted by encik pijat pilu at 9:06 AM 0 comments



