Tuesday, January 13, 2009

AKU DALAM BLUES...

aku nak mulakan entry ni ngan apa yang berlaku petang ni, tadi parent aku datang, dorang dah balik perak semalam, tapi pagi ni datang k.l balik sebab nak uruskan urusan jual beli moto aku, sebab dorang takut aku kena tipu, dorang datang jauh gila dari perak. paling aku sedih bila mak aku call aku cakap hari ni bz, sebab kelas full, tapi die cakap nak jumpa sekejap je, ade bawak barang cket nak bagi aku. aku pun ade free dari kul 4 sampai 5, so, aku suruh ayah aku datangla pukul 4.30. rupa-rupanya die just bawak kuih2 tuk mnum petang je, yang die beli je kat lua tadi. aku cam teros makan depan die, sebab aku cam terpikir mak aku naek kete 4 jam semata-mata nak hanta lepat pisang ngan kuih popiah je.
" mak, adik takkan jadi si tanggang, adik sayang mak, adik nak balas jasa mak dulu, adik tanak sebab pompuan adik lupa kat mak, adik tanak sebab girlfriend adik lupa kat mak. mak je yang tau bila adik sakit, bila adik betol2 sedih, bila gout adik datang, mak je yang tau camne nak handle, dulu adik penah terpikir nak kahwin awal, tapi kalau adik kahwin awal, camne ngan mak, sape nak jaga mak. camne janji adik nak belikan mak macam2, adik ingat lagi janji adik, kalau dapat gaji first nanti adik nak belikan mak microwave. ngan krusi urut tu. mak penat keje kat kantin sekolah tu semata-mata nak bagi adik duit tuk topup, mak buat kuih, mak jual ubat, mak buat catering, pastu adik mintak duit kat mak nak pergi dating, mak bagi je, mak pesan... jaga anak dara orang elok-elok. pastu hari ni mak datang dari perak semata-mata nak uruskan moto, mak aku nak belikan aku scooter sebab kaki aku sakit, semenjak aku kena gout aku tak boleh nak bengkokkan kaki aku sangat, so, mak aku nak belikan aku scooter, moto lama ni aku nak jual la. aku bukan nak tuka moto sebab ikut trend ke apa ke tapi korang mesti tau gout kan, penyakit tu kat sendi kaki .biasa orang tu je kena. tapi tuhan nak uji aku. die bagi aku penyakit ni. aku redho cuma aku tak suka bila orang tuduh aku kena penyakit ni sebab aku makan banyak sangat seafood. BODOH!!!! aku benci seafood tau, dari kecik aku mmg tak makan seafood, bagi aku seafood tu kotor, bau udang lak cam bau cirit, kerang lagi busuk giler, taktau camne orang boleh makan benda tu. so, tadi mak aku datang ngan ayah aku sebab finance tak lulus kan permohonan aku, aku nak beli moto tu hutang, so nak baya duit muka pakai ptptn, so tak lulus ayah aku kena datang balik kat kedai tu, kat kg pandan nak ambik balik duit muka yang dah bayar aritu. die tanak aku kena tipu sebab cina tu nak tuka nama aku lak kat geran tu.
"mak, adik nampak mak nanges tadi masa mak pergi, masa mak nak kiss pipi adik tadi pun mata mak dah merah, taktau sebab ape tapi mak mana yang tak sedih tengok anak die sakit kan, kena lak sakit sebab keturunan, tak makan seafood, tak makan macam2 tapi baru 22 dah kena gout, sebab, darah yang aku bawak. tapi tadi mayb mak aku sedih sebab die nampak aku nak lompat longkang tak lepas, kaki aku dah sakit, jalan pun terkedek-kedek, aku nak kaver pun takleh, orang mesti taunyer, lepas semayang apis tanye, nape kaki ko, sakit ke? lepas performance, farhana tanya, kaki sakit ke tadi? jumpa ei ngan acap tanye, pahal kaki ko? padahal aku dah cuba kawal cara jalan aku, tapi orang nampak gak.
takpelah mak, adik kat sini ok je, lagipun sekarang adik dah takde sape2 kat sini, kawan baik adela, tapi tanakla girlfriend, susahla, adik tak reti la benda2 camni, nak kena jaga itu lah, ini lah, nantila mak je yang carikan kalo nak kawen nanti, tapi tadi cam sedih gak,aku beli barang2 kat centre pastu mayb banyak sangat nak pegang jatuh lak, aku bawak beg, pastu beli ubat2, pastu nak pegang satu plastik lagi, susu dan roti aku, iaitu makanan rasmi aku kini, mayb btol ckap isya, aku clumsy, jatuh lak plastik yg ade susu ngan roti tu kat tengah2 hs cafe tu, kedebab!!! seb baik tak pecah susu tu, aku pun kutipla roti2 aku. kalo tak dulu mesti ade orang yg tolong nak pegangkan barang2 aku. hmm... takpela, aku kan nak hdup dalam blues. kenal blaja susah sorang2, aku just doa kalo jadi ape2 pun kat aku, aku mati pun biarla orang tau, tanakla mati sorang2, kalo kaki aku saket aku jatuh ke, biarla depan orang, tak jatuh gaung ke reput sorang2, tapi andai ditakdirkan aku mati awal ya Allah, biarla aku sempat balas dulu jasa kedua orang tuaku, aku nak keje dulu, balas jasa mak, ayah aku dulu, pastu dorang dah senang, nak tarik nyawa aku,tariklah... aku tak kisah kalo tak kahwin dulu ke, lagipun sape la nak kat aku ni, macam2 penyakit, susah je nak jaga.