
hidup baru bermula, bahang dan kehangatannya semakin terasa, kedinginan embun sisa-sisa cuti mula pudar dan kusam. ibarat pucuk baru cambah.ibarat putik atas tanah. daun hijau sama ranum.daun kuning sama gugur. aku melangkahkan kaki kembali ke era alam santeri yg penuh onak dan duri.baru saja menghela nafas baru, aku sudah disesakkan dengan satu tumbukan padu masalah tepat dirusuk kiri adamku. argh!!!!! mungkin bagus melancarkan nafas baru, mungkin berdarah didalam siapa yang tahu.karam di laut boleh di timba, karam di hati bila kan sudah. berikan aku nafas baru untuk pengharapan baru. jangan digelapkan masa depanku. aku sudah mula berkecamuk, hatiku mengamok, jiwaku remuk, tubuhku gemuk. dengan asap-asap kepulan hitam berbau hancing dari tembakau jawa, aku hirup nafas baru ini, biarpun mual dan perit di kerongkong aku terpaksa. jika aku tidak bernafas masakan masih bernyawa keriput tulang empat kerat ini.
wahai rakan , taulan dan saudara. biarkan aku bernafas lega kali ini. jangan diganggu.
terima kasih kerana tiang nan rapuh yang telah diberi. tidak berbumbung tidak berdinding. bersiram air, dari jendela dua. aku menulis bukan kerana nama tapi biar aku sendiri menjadi pembaca. jariku bercerita hatiku yang mendengar. telingaku bertepuk tangan. bibirku menghulur simpati. kakiku tolong bersorak. akalku berterima kasih. pucuk baru hendak tumbuh. jangan dibiar tumbuh sendiri tapi jangan sekali dicemuh biarpun kecil. kalau benci dipijak saja. biar ku mati jangan diludah dibajai air liur hamismu...
Sunday, December 14, 2008
PERMULAAN BARU
Posted by encik pijat pilu at 8:48 PM
Labels: kini aku mahu serius berkarya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment