Sunday, June 28, 2009

mengapa aku sudah tidak menulis

Aku yang pernah engkau kuatkan
Aku yang pernah kau bangkitkan
Aku yang pernah kau beri rasa

Saat ku terjaga
Hingga ku terlelap nanti
Selama itu aku akan selalu mengingatmu

Kapan lagi kutulis untukmu
Tulisan-tulisan indahku yang dulu
Pernah warnai dunia
Puisi terindah ku hanya untukmu

Mungkinkah kau kan kembali lagi
Menemaniku menulis lagi
Kita arungi bersama
Puisi terindahku hanya untukmu

Wednesday, June 3, 2009

aku sedang praktikal.

lewat kini, aku dihambur kesibukan kota. asap2 lori dan hon-hon yang membingitkan telinga menjadi makanan harianku. saban hari keriput tulang empat keratku mula merasakan keletihan. tapi memang tak dapat kunafikan yang selautan kecapekanku hanya ditenggelami sedumpal senyuman. aku puas walaupun aku letih. keringat ku yang mengalir dibayar saban hari kehari. berapalah sangat ringgit malaysia yang diberi tapi jika dibandingkan dengan ilmu2 yang berjaya kucarik saban hari boleh togel andai ia dibandingkan dengan bulu sereban ayam.
aku pernah berdoa, waima seringkali berdoa agar bisa diberikan daku tempat kerja yang memenuhi segala impian dan mimpi2 ku.

sebuah company yang tersohor.
rakan kerja yang best
ramai gadis2 cantik (tapi yg tak boleh dikacau)
task2 dan kerja2 yang tidak terlalu rumit
kemudahan toilet yang baek (sebab aku slalu saket perut)
kemudahan solat termasuk masa dan solat jumaat
hampir dengan kediaman puteriku
juga shabat2ku
begitu juga dengan kediamanku
tawaran gaji yang lumayan
ilmu2 yang baru
juga ilmu lama yang berguna
mempunyai uniform (tak penat aku pk baju ape nk pkai hari2)
namun tidak terlalu skema (pkai jeans boleh la)

dan macam2 lagi, dan kini aku dapat semuanya. TERIMA KASIH TUHAN.
aku kini sedang mengambil latihan praktikal disebuah kilang elektronik berhampiran bandar raya.

kawan2, seringkali ku bilan, andai kau mahu apa2, berdoalah dan pintalah pada tuhanmu kerana dialah pencipta dan kita hamba-Nya.