
persetankan semua! telah kubilang sesekali tidak kugusar tiada yang dapat apa ku mahu. kusampaikan tiada yang mengerti walau barang sepatang arang. biar sebutir pun blom tentu ada yang ngerti. tapi dari jari kehati. mereka-meraka yang terkena tempias ludahanku takkan sedar yang kahak itu kian membusuk dan hanyir di pipi mereka.
hari ini aku tersadar yang tiada aku sebagai roda, tidak berjalan pedati kuda.
tiada aku sebagai kemudi, tidak belayar bahtera. tak bisakah kamu berjalan sendiri, tanpa diherdik seperti lembu, dipalu dengan cemeti seperti khimar tua yang terketar2 menunggu mati. sekalu dipukul selangkah kehadapan, sekali dipukul selangkah kehadapan. jika berbatuan jalannya maka perlahan geraknya. susah sangatkah kamu menyusur sendiri berfikir sendiri merasa sendiri yang bahtera kita tidak berlayar malah hampir karam, tidak ada walau seorangpun yang cuba tuk mengayuh dayungnya, semua menanti satu sama lain. ya kamu! kamu! kamu! dan kamu! kamu semua! tidak perlu menuding kearah siapa2. hingga bahtera tersadai pun masih perlu salahkan aku, bila aku menjadi nakhoda, bunyi2 sumbang kedengaran. rumah telah siap terbina, pahat masih berbunyi-bunyi.bila aku sekadar kelasi tiada siapa yang terfikir tuk melayar bahtera. argh! aku tidak bisa auntuk melihat bahtera ini tersadai di celahan batu-batu hampar yang tajam ini.
kamu! maafkan aku andai aku memegang kemudi dan menjerit-jerit minta dayung dikayuh. aku tidak mahu kapal ini karam sebelum berlabuh. biarkan aku habiskan apa yang aku mulakan.
Friday, December 19, 2008
BAHTERA TANPA KEMUDI
Posted by encik pijat pilu at 3:13 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)



