Kadang aku berfikir sendiri dimana letak buku laliku, buku laliku di kaki kah? Benarkah ianya seperti sebuah buku yang sering lali, jikalau ia lali bukankah ia buku yang mangandungi hikmat dan seribu pelajaran. Bagaimanakah buku yang sering mengingati boleh lali. Apakah buku lali itu dinamakan buku lali kerana ia berada dikaki. dimanakah aku berpijak kini. dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Sekali lagi ingin kukutip kata pujangga besar. andai kau tegar dan lali melalui semua ini, rujuklah buku.! buku apa yang perlu dirujuk tidak pula dinyatakan tapi yang pasti bukan buku lima dan yellow pages yang tebalnya hampir berkoyan tapi namaku tidak terpahat barang sepatah, ish.ish.ish.!!!!
Aku seperti telah jauh pergi ke Andalusia tapi seperti dekat mengejar galaksi Andromeda, sesekali kuletih dan asma seketika di pinggir jalan lalu kuambil beberapa dos inhaler ku cukuplah sekadar menghela naafas pemanjang usia walau sedetik. Untuk aku berpatah balik tidak mungkin. Segala loji dan pembetungan sudah ku selidiki dimana punca dan kaedah pembersihannya lalu ingin kubiarkan rahsia ini dicuri JABATAN PENGAIRAN begitu sahja, tidak mungkin.......
Malam ini mungkin malam seribu bintang tapi tiada satu pun pengajaran yang bersinar, hanya ludah-ludah hina dan fitnah berjatuhan ibarat cirit-cirit bintang di langit yang bercucuran seperi baru memakan kari mamak berempah hebat disudahi dengan secangkir susu segar tawar lemak berkrim ;memancit-mancit tepat ke muka ku. Aku bukan saja tidak menahan malah menghembus-hembus ke udara tapi akhirnya ludahku terpercik ke mukan sendiri, kotor, jijik dan hamis ibarat muntah kerbau diperam dibuat jeruk pekasam. Sesekali aku cuba mengingati dimana mula perenggan yang tidak berformat ini, mana alamat, mana garis, tarikh nya entah kemana, apatah pula tanda tangan selaku setiausaha bervisi. Visual yang terpapar tidak sedikitpun mencerminkan apa yang pernah terlakar dahulu tapi inilah kehidupan yang sering datang dan pergi tidak dijangka. Lebar-lebar daun ketupat manakan sama si kucing belang. Ku carik-carik bulu katak dapatkah tidak kuku platipus. Paruh beruang jika diasah pun menjadi tajam. Renungkanlah air tasik...........
Sunday, May 25, 2008
Terseranduk pepohon hutan.
Posted by encik pijat pilu at 10:34 AM 0 comments
Monday, May 12, 2008
KEKALUTAN BERMULA
hidup ini ibarat roda, kadang di atas, kadang di bawah.tidak seperti keropok roda yang sentiasa diatas kemudian teros kebawah bilamana ia masuk dari mulut di atas tatkala memakannya dan keluar dari bahagian bawah tatkala membuangnya. mungkin laju andai kecairannya lebih atau sukar bilamana kadar kecairannya rendah.terpulanglah kepada setiap jiwa dan jubur seseorang untuk mengusahakannya. pujangga besar dan golongan cerdik pandai selalu berpesan 'manusia sering riuh mengatakan busuk tika tercium bau taik orang lain tapi hanya akan diam bila menghidu bau taik sendiri, sekalipun dia berada sebilik berkuwap semasa proses penyahtinjaan itu dan hanya melalui bilik itu tatkala orang lain punya angkara'.
kali ini seribu hikmah kutemui, mungkin bisa menjernihkan kembali kekeruhan abadi yang aku cipta dulu. sudah tidak abadi lagi namanya. Abby abadi juga bukan namanya. biarlah ia tanpa nama. apa ada pada nama. sekadar pinggiran di rimba.
Posted by encik pijat pilu at 4:35 PM 0 comments
Sunday, May 4, 2008
Pembelajaran sebuah kehidupan
Madah-madah ku bukan repekan seorang pujangga tapi setiap butir-butir hikmah yang ku lemparkan kutip dan anyamlah menjadi hamparan relung cinta dan dikalungkan ke tengkuk zirafah peliharaanmu iaitu kehidupan
Posted by encik pijat pilu at 12:40 AM 0 comments
Thursday, May 1, 2008
kembali..........
Aku kembali, kembali, kambali! Yeah, tidak sesekali aku menggali, bak kata pujangga besar 'orang menggali memakai cangkul, orang bengali memakai serban'. Sesekali kata-kata sebegitu terngiang-ngiang di gegendang telingaku yang terdiri dari tiga tulang terkecil manusia dalam sistem pertulangan badan; nyaris kecil gegendang ini, kalau gendang di telinga ini seperti Gendang Ibu atau Gendang Anak, masakan tidak berdikir barat tulang temulang ku di kepalaku. Ditambah dengan alunan dikir rambong yang dinyanyikan romong. Bisa gugur putik-putik manggis yang baru hendak berbuah di tiang elektrik dihadapan Sekolan Convent Bukit Nanas.
Aku kembali membawa seribu pengharapan, tapi bukan harapan yang kini tinggal harapan. Yang pasti tidak tinggal Accapan dan Ayyapan. Dua watak hitam yang sering bermain di layar-layar perak sekitar Tanah Malaya ini. Aku kembali menyambung pengajianku setelah 3 hari tidur tanpa dengkur, I'm flying without wing, terjemahan yang diberikan oleh John Kennedy ketika mula-mula membuka penempatan di Naning ratusan tahun dahulu. Tika itu Tiger Woods dan Serena William masih bermain dalam kelab bola sepak yang sama, bersaing mendapatkan strike terbanyak, tika itu memang nama kelab 'Blackburn Rovers" tersohor ke seantero dunia.
aku mengharapkan agar aku dapat memahat dan memarhat kejayan besar agar bisa kulupuskan dari ingatanku kemaluanku yang besar di semester lepas kerana gagal memperoleh kejayaan cemerlang, bangkit! ayoh...!!!
Posted by encik pijat pilu at 9:42 AM 0 comments



