Kadang aku berfikir sendiri dimana letak buku laliku, buku laliku di kaki kah? Benarkah ianya seperti sebuah buku yang sering lali, jikalau ia lali bukankah ia buku yang mangandungi hikmat dan seribu pelajaran. Bagaimanakah buku yang sering mengingati boleh lali. Apakah buku lali itu dinamakan buku lali kerana ia berada dikaki. dimanakah aku berpijak kini. dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Sekali lagi ingin kukutip kata pujangga besar. andai kau tegar dan lali melalui semua ini, rujuklah buku.! buku apa yang perlu dirujuk tidak pula dinyatakan tapi yang pasti bukan buku lima dan yellow pages yang tebalnya hampir berkoyan tapi namaku tidak terpahat barang sepatah, ish.ish.ish.!!!!
Aku seperti telah jauh pergi ke Andalusia tapi seperti dekat mengejar galaksi Andromeda, sesekali kuletih dan asma seketika di pinggir jalan lalu kuambil beberapa dos inhaler ku cukuplah sekadar menghela naafas pemanjang usia walau sedetik. Untuk aku berpatah balik tidak mungkin. Segala loji dan pembetungan sudah ku selidiki dimana punca dan kaedah pembersihannya lalu ingin kubiarkan rahsia ini dicuri JABATAN PENGAIRAN begitu sahja, tidak mungkin.......
Malam ini mungkin malam seribu bintang tapi tiada satu pun pengajaran yang bersinar, hanya ludah-ludah hina dan fitnah berjatuhan ibarat cirit-cirit bintang di langit yang bercucuran seperi baru memakan kari mamak berempah hebat disudahi dengan secangkir susu segar tawar lemak berkrim ;memancit-mancit tepat ke muka ku. Aku bukan saja tidak menahan malah menghembus-hembus ke udara tapi akhirnya ludahku terpercik ke mukan sendiri, kotor, jijik dan hamis ibarat muntah kerbau diperam dibuat jeruk pekasam. Sesekali aku cuba mengingati dimana mula perenggan yang tidak berformat ini, mana alamat, mana garis, tarikh nya entah kemana, apatah pula tanda tangan selaku setiausaha bervisi. Visual yang terpapar tidak sedikitpun mencerminkan apa yang pernah terlakar dahulu tapi inilah kehidupan yang sering datang dan pergi tidak dijangka. Lebar-lebar daun ketupat manakan sama si kucing belang. Ku carik-carik bulu katak dapatkah tidak kuku platipus. Paruh beruang jika diasah pun menjadi tajam. Renungkanlah air tasik...........
Sunday, May 25, 2008
Terseranduk pepohon hutan.
Posted by encik pijat pilu at 10:34 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment