Permulaan yang baik bagi sem ni ku kira. "Huah.......!" aku terjaga dari lena yang tidak diulit sebarang mimpi indah. Masakan mimpi indah, diulit intan jauh sekali, walaupun Intan Sarafina tidak kukenali tapi ku pasti beliau sudah tidak menyanyi. Memang sukar kini, penyanyi baru tumbuh bak cendawan. Perusahaan cendawan Encik Hussin pun makin berkembang maju, Alhamdulillah.......
Aku terjaga dari tidur sendiri, tepat pukul 6 pagi. Tika lalat dan kumbang masih tidur lagi. Barangkali dikampung-kampung semua unggas dan mergastua bangun lebih awal tapi di sini, di bumi Gombak ini, mereka pun turut hanyut dengan arus kemodenan semasa. Hiruk pikuk kota metropolitan Kuala Lumpur sedikit sebanyak mampu mengubah personaliti bukan sahaja lalat bandaraya tapi mungkin Ikan Bandaraya. Aku ingat lagi ketika Arwah nenekku membeli beberapa ekor ikan bandaraya di akuariumnya yang besar itu, aku sering leka didepan kaca akuarium melihat gerak bibir ikan bandaraya yang kembang kuncup membersihkan dinding akuarium.
Aku terus bangkit menuju ke kamar mandi. Tidak menuju ke rumah Kamarudin. Kamarudin Mape bagi aku seorang personaliti tv3 yang bagus. tapi nama-nama seperti Karam sikh Walia lebih mekar di bibir-bibir orang awam. Aku mengambil wuduk dengan penuh rasa bersyukur. Tuhan makbulkan permintaan ku untuk memulakan Semester ini dengann kehidupan yang diredhoi. Aku susah bangun Subuh sebenarnya. Mungkin setiap kali fajar menyinsing aku bangun di pagi hari. Tapi hanya bahagian kecil tubuhku. Tapi dikala Hari Raya menjelma aku bangun dengan senang hati, memikirkan lontong dan ketupat di dapur. Permasaalahan sukar untuk bangun Subuh ini bukan sahaja melanda diriku tapi yang pasti ramai didunia ini, Mawi pun belum tentu. Tapi yang pasti mendiang Elvis Presley yang diagung-agungkan disana tidak pernah bangkit untuk solat Subuh. Kerana itu aku bersyukur aku dikejutkan pagi ini.Tika ramai manusia di seantero dunia sedang nyenyak beradu.
Permulaan yang baik bagi sem ini. Pagi yang pertama, hari yang pertama, subuh yang pertama, coretan diriku yang pertama dipagi ini. Salam perkenalan bloggers........
Sunday, April 27, 2008
Assalamualaikum.... pembuka bicara....
Posted by encik pijat pilu at 3:26 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment