Wednesday, April 7, 2010

Di antara madu dan racun


madu, semanis manakah dikau?
racun, sebisa manakah dikau?

Dulu,semasa dia mula tercipta, hidupnya sunyi tanpa suara, tanpa hilai dan tawa senja, dirabik rusuk menjadi insan, setia disamping sebagai peneman. lalu kerana ia hidupnya gembira. menjadi lebih bererti dan bahgia. tapi dia juga menjadi asbab. turun mereka ke lembah hina. dari sorga tinggi di awan. ke bawah langit jauh kedalam.dialah racun dia penawar. tetapi racunnya dia mampu mengubah seisi alam. bermula dari hari bermula. bab pertama sejarah manusia. sudah terlakar tanpa bertinta. kami kan kalah dengan pujukmu.

wanita bisa menjadi arca. karya seni tanpa catan. mereka datang dari syurga. indah dan abstrak jiwa. tidakkan Tuhan itu artisan hebat. mampu berkarya sedemikian rupa. bukankah apa sahaja yang di syurga itu karya yang hebat. tidak terbayang dek mata, terlintas dek akal sejengkal. tapi kini ia disini. satu mahakarya agung dari tuhan. mahakarya agung dari tuhan dari syurga. terlalu indah.

tapi karya itu juga yang bisa merubah jiwa. porak peranda satu dunia. kapal pun bisa tenggelam. wilayah dan negara bisa digadai. masa depan manusia seisi alam kalah dengan pujuknya. ya, ia memang asbab yang tuhan telah rencana. bayangkan andai hawa tidak menggoda, adam kan patuh setiap kata, setiap titah Si Maha. mungkin semua masih disyurga???? tapi itu semua rencanaNya. takkan mampu akal manusia berfikir.

Manis bicaranya bisa melakar sejarah dunia, mulus tubuhnya hatta sang abid bergegar jiwa, apatah lagi yang kerdil. Tapi andai mereka melayar bahtera, tentu tak mampu sang nakhoda mengawal setiap kiri dan kanan haluan. kalau karam bahtera, nahkoda yang dipersalahkan, walaupun mereka yang menjadi layar melayang kesini sana. mereka racun. ya.... lebih berbisa dari kala.

tapi mestila tangan yang menggenggam yang mampu menjadikannya bisa atau permata. meraka tercipta dari rusuk kiri. bukan dari kaki untuk dipijak. bukan dari kepala untuk dijunjung. tapi hampir dengan hati untuk disayangi dan dibawah bahu untuk dilindungi.

0 comments: