Tuesday, February 24, 2009

Aku mengejar pelangi...........oh! sendiri....


Pelangi itu indah, berwarni warna, merah jingga kuning hijau biru indigo ungu, kombinasi suara alam yg menjadi irama indah pada kanvas dunia, orang kata kalau tunjuk tangan jadi kudung, tapi mungkin itu cerita bohong.
Kenapa kan? terlalu bisa sakti pelangi. apakah terlalu indah hingga tidak boleh dinikmati keindahannya. ade juga manusia berperi, dalam pelangi itu misteri, ada dunia dibalik mata, dunia tempat beradu sang puteri, yg tak pernah dibayang dek mata. juga tempat tinggalnya kuda bertanduk,
bersayap indah bertanduk tunggal,
tumbuh ditengah berbulu tebal,
berwarna putih mulus berseri,
sesuci persis embun pagi.
Kerana indahnya pelangi aku telah berkeras mahu mengejarnya, lalu menyentuh dan menorobos kedalamnya. mungkin benar mungkin palsu segala dogengan yg kudengar. tapi yg pasti pelangi itu indah dan aku mahu mengejarnya!
tapi siapakah dalam dunia ini yg pernah menyentuh pelangi, mungkin ada, lalu dikulum jari mereka dan mengatakan yg itu yang diajar nenek moyang mereka, maniskah pelangi itu hingga mahu dijamah sisanya dijari sendiri. membuat rasa ingin tahuku semakin berkobar-kobar, semanis halwa kah? atau sekadar madu asli yg pekat mengalir di hujung debunga.
yang pasti pelangi itu indah dan aku ingin mengejarnya!
kesaktian pelangi digambarkan dengan pelbagai mitos dan cerita mulut, tapi yg membuat aku berkeras mahu mengejarnya bukan sedar indah nian warnanya tapi juga lengkung indahnya yang seolah2 memayungi sekawan padang rumput, mungkin disini dunia yang disebutkan itu wujud.yang pasti aku masih mahu mengejar pelangi.
dan kini, ketika hujan mulai turun membasahi bumi, sambil suara guruh memaki hamun, langit menjadi makin gelap dan pekat. tanpa sedar aku bukan sahaja mencurahkan semua air di tempayan malah tempayan itu juga pecah kerana aku semakin rakus mengejar pelangi, yang masih belum muncul sebenarnya, ketika aku berlari dalam ribut yang mulai reda, aku tersenyum melihat pelangi sudah muncul di kaki bukit.
ya! aku masih mengejar pelangi!
langit mulai cerah, aku masih mengejar pelangi, dah bila aku sampai di kaki bukit, tiada apa yg dapat kulihat kecuali semak samun dan hutan dara yang masih belum diterokai.mampukah aku masuk menebas segala rumput dan lalang semata-mata aku yakin ada pelangi dihujung sana.
tapi aku berpatah balik dan kembali, aku mahu terus hidup mengejar pelangi. yang entah tak pasti kewujudannya, tapi aku yakin aku akan dapat!
aku akan mengejar pelangi!
tapi hidupku makin sukar tanpa air, yela, habis semua tempayan pun sudah kupecahkan,air yang selama ini melegakan aku tika kehausan, dan membantuku menghela nafas hari demi hari kini sudah tiada. aku cuma yakin dengan air hujan yg turun skali skale. dan tika gerimis itu turun aku hanya mampu ternganga dan harapkan ia terus ke tekak ku.kerana tempayan juga sudah tiada, buat aku menadah air untuk disimpan dikemudian hari.
kerana ingin mengejar pelangi.
aku hidup tanpa air, dan tatkala aku dahaga aku hanya bertahan,pabila hujan turun barula aku mulai merasa kembali hidup dah menjamah sisa2 tempias yang masuk ke tingkap bibirku. lalu aku berlari mengejar pelangi bila hujan mulai reda. dan aku berpatah balik hampa bila pelangi tidak dapat kugapai.
tapi aku yakin yg satu hari nanti, aku akan dapat mengejar pelangi, menyentuh, menggenggam malah menembusinya, saban hari saban malam, InsyaAllah...
Doakan aku rakan-rakan.... :)

0 comments: